JKSM Tubuh Transit Bantu Golongan Kurang Mampu

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) menubuhkan BSK Transit, satu kemudahan penginapan sementara bagi membantu pihak kurang berkemampuan yang menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain meringankan beban belanja pihak berkenaan yang kurang berkemampuan, inisiatif JKSM itu juga dapat menjamin mereka yang tinggal jauh untuk hadir ke mahkamah.

"Kita tak mahu masalah penempatan atau sebagainya menjadi penyebab kepada kelewatan prosiding di mahkamah.

"Selain itu sedikit sebanyak ia juga dapat melindungi keselamatan khususnya golongan ibu tunggal yang hadir tanpa ditemani oleh sesiapa bagi memastikan hak mereka terbela dan ditegakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan BSK Transit dan Munaqashah (Perbincangan) Bersama NGO di sini pada Selasa.

Buat permulaan, katanya bahagian pengurusan hartanah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyumbangkan dua unit apartmen di Putrajaya dan RM100,000 kepada BSK bagi tujuan tersebut.

"Selain itu kerjasama turut dijalin bersama Tune Hotel di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kuching, Sarawak, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu memandangkan lokasi hotel-hotel itu berdekatan dengan mahkamah," katanya.

Beliau berkata bantuan tersebut akan diberi secara terus kepada pihak yang layak sebaik sahaja nama mereka dipanggil untuk menghadiri prosiding di mahkamah.

Sementara itu, dalam ucapannya, Jamil Khir berkata beliau yakin usaha BSK ini dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain bagi mewujudkan fungsi dan peranan yang sama dalam memberi khidmat yang terbaik dan berkualiti kepada masyarakat.

Beliau juga menyeru badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan agensi-agensi lain bersama-sama berganding bahu bagi mewujudkan masyarakat saling tolong-menolong, sekali gus dapat memperkasakan institusi perundangan syariah ke peringkat global. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan