Isu Kalimah Allah Tidak Perlu Dicetus Semula - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya dicetuskan semula berikutan ia masih di peringkat mahkamah.

Beliau berkata, biar perkara itu diselesaikan secara baik dan sebarang pandangan yang diberikan berhubung isu itu perlu mengambil kira kepentingan umum daripada kepentingan kumpulan tertentu baik politik mahupun pentadbiran.

Katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga sepatutnya akur bahawa isu itu tidak sepatutnya menjadi bahan yang boleh menghangatkan keadaan yang sudah sejuk.

"Hal-hal sebegini perlu diambil perhatian. Saya juga kurang pasti kenapa DAP dan MCA mengambil satu pendirian yang sama dalam soal sebegini.

"Kita tahu dulu perkara ini pernah menjadi satu perbincangan hangat dengan mencetuskan keadaan yang tidak begitu sihat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini pada Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal berita semalam yang melaporkan DAP dan MCA mahu larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian dimansuhkan.

Muhyiddin berkata, kes itu masih di peringkat mahkamah yang berkaitan dengan perbicaraan yang belum lagi selesai dan kerajaan mengelak daripada perkara itu dibincangkan secara terbuka.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba mencetuskan isu baru berhubung perkara itu.

"Perkara itu perkara lama dan semua pihak tahu pendirian kerajaan mengenainya," tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan