Mahasiswa Perlu Didedahkan Kepada Politik - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pelbagai organisasi di peringkat kebangsaan perlu didedahkan dengan aktiviti politik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya langkah itu sebagai persediaan mahasiswa memimpin sesuatu organisasi selepas mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Sebagai pemimpin, golongan itu juga mempunyai peranan untuk membina negara bersama pemimpin kerajaan yang lain," katanya kepada pemberita selepas program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan, di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai cadangan supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Ahmad Zahid bagaimanapun berharap jika akta itu dipinda dengan memberi kelonggaran kepada golongan mahasiswa terbabit dalam politik, ianya tidak disalahgunakan oleh mereka.

Rabu lepas, anggota Majils Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata sudah tiba masa supaya AUKU dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Katanya beliau akan membawa usul itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Jumaat lepas, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata AUKU perlu dipinda bagi membolehkan mahasiswa dan pensyarah melibatkan diri dengan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan