Kes Kemalangan Meningkat Pada Kadar Purata 7.8 Peratus Setahun

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan kes kemalangan meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun apabila 397,330 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang tahun lalu berbanding 208,144 kes pada tahun 2000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata peningkatan bilangan kemalangan jalan raya tersebut adalah disebabkan peningkatan kes kemalangan tanpa injuri sebanyak 163,918 kes (78.8 peratus) dalam tempoh tersebut selaras dengan peningkatan jumlah kenderaan berdaftar di negara ini.

Katanya, bilangan kenderaan berdaftar meningkat dengan pesat iaitu daripada 10,272,684 pada tahun 2000 kepada 18,446,274 pada Disember tahun lalu, iaitu kadar pertumbuhan sebanyak lapan peratus.

"Bagaimana pun bilangan kemalangan injuri bagi tempoh yang sama telah menurun sebanyak 17,017 kes atau 40.2 peratus hasil daripada program-program keselamatan jalan raya yang dilaksanakan kerajaan.

"Dari aspek kemalangan injuri, masalah utama yang dihadapi di Malaysia ialah kemalangan maut bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal di mana pada tahun 2009 daripada 6,745 kematian, 4,067 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang ingin tahu walaupun jalan raya dan lebuh raya di negara ini bertaraf dunia, tetapi kadar kemalangan jalan raya masih tinggi dan bagaimana kerajaan menangani isu ini daripada terus berlarutan.

Kong berkata, kementeriannya telah melaksanakan program-program intervensi keselamatan jalan raya yang dikenalpasti di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 serta Polisi Wawasan Sifar Kematian yang menekankan aspek perubahan minda, kesedaran dan amalan seharian masyarakat ke arah memupuk budaya mementingkan keselamatan.

"Antara program-program tersebut adalah penerapan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya melalui kempen advokasi di media, pendidikan keselamatan jalan raya melalui program berasaskan komuniti yang diterajui oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

"Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan kejuruteraan jalan seperti menaiktaraf penghadang jalan raya, pembinaan lorong khas motosikal dan rawatan kawasan kerap berlaku kemalangan, dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.

Selain itu, sistem kesalahan lalu lintas akan dikuatkuasakan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bertujuan meningkatkan 'persepsi akan tertangkap' (POBC)" daripada kadar purata 25 hingga 49 peratus kepada 95 peratus sebagai pencegahan kepada pesalah trafik daripada melanggar peraturan trafik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan