Fahami Pergerakan Lawan Dan Agresif Tangani Isu - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno harus memahami pergerakan parti lawan dan perlu lebih agresif menangani isu yang dibangkitkan supaya parti tidak dilihat lemah, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, persoalan dan maklumat berkaitan dasar kerajaan, pentadbiran, kenyataan pemimpin serta program yang dilaksanakan yang diputar belit pembangkang perlu ditangani dengan yakin berasaskan fakta yang kukuh.

Katanya, jika pergerakan seumpama ini tidak diberi perhatian kemungkinan fitnah tersebut akan diterima sebagai sesuatu yang nyata, malah Umno dan kerajaan akan dilihat terlalu lemah yang memungkinkan sokongan rakyat akan mulai luntur.

"Saya pasti kita mengetahui pelbagai isu dan masalah yang telah mereka timbulkan sepanjang masa. Mereka pergi ke seluruh pelusuk negara mengadakan pertemuan, kempen secara terbuka di mana platform itu digunakan untuk menghentam kerajaan dengan isu-isu yang diputar belitkan yang sebahagiannya adalah pembohongan dan fitnah.

"Sebab itu, dalam situasi ini kita tidak boleh berdiam diri kerana pastinya kita ada mempunyai jawapan yang kukuh atas apa sahaja yang ditimbulkan oleh mereka di mana semuanya berasaskan fakta yang tepat," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan (WP) di sini, Ahad.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Umno WP, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Penerangan Umno WP, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin berkata, ketika ini sudah ada luahan dari kalangan pemimpin generasi muda berhubung reaksi yang agak perlahan yang dibuat pihak pentadbiran kerajaan dalam menangkis dakwaan pembangkang terutamanya tohmahan yang dibuat melalui media maya.

Beliau berkata, pandangan sedemikian harus diambil berat dan diberi perhatian oleh pemimpin Umno dan kerajaan kerana generasi muda ini bakal menjadi penentu kepada kepimpinan negara pada masa depan.

Katanya, apa yang ingin dilihat oleh generasi muda ini ialah sama ada kita berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan segala dasar-dasar yang telah diputuskan oleh pimpinan dan kerajaan atau sebaliknya.

"Kalau hal beginilah berlaku (lambat dalam memberi reaksi), pastinya kita dilihat dari peringkat awal lagi tidak bersedia untuk berhadapan dengan isu dan permasalahan yang ditimbulkan...jika itu berlaku pastinya keyakinan rakyat terhadap kita akan mulai luntur dari hari ke hari,"katanya.

Muhyiddin berkata, sebagai pemimpin dan anggota parti yang mendukung kerajaan, mereka seharusnya secara yakin tampil ke hadapan mempertahan dan memberi penjelasan terhadap kritikan yang dibuat.

Beliau berkata, dalam keadaan dunia terbuka, pemimpin juga harus sedar bahawa sebahagian besar daripada pengundi ketika ini lebih terdedah kepada maklumat serta lebih memahami dan tahu apa yang sedang berlaku.

"Mereka tahu peristiwa yang berlaku secara tepat masa bukan mendengar berita yang sudah basi...kalau kita tak respons kepada perkara ini sepantas mana yang kita patut lakukan maka kita sudah dilihat lemah dan tidak berkemampuan dan tidak boleh mempertahankan dasar, program dan keputusan yang dibuat sepanjang masa," katanya.

Katanya, pimpinan Umno perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai maklumat terkini perkembangan sesuatu isu agar mereka akan lebih bersedia memberikan pandangan dan membalas kritikan, dakwaan dan tuduhan yang dibuat parti lawan terhadap Umno dan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap program-program penerangan yang diatur dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan menyarankan supaya diwujudkan pasukan penerangan yang terdiri daripada jurubicara yang berwibawa yang boleh diturunkan ke setiap kawasan bagi memberikan penjelasan khusus berkaitan isu yang dibangkitkan.

"Kita mesti bersikap proaktif. Kita tidak boleh reaktif kepada isu-isu yang timbul dan hanya bersikap defensif dan tidak ofensif dalam hadapi apa saja perubahan dan cabaran hari ini,"katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan