Cadangan Pinda Undang-Undang Tukar Agama Tunggu Persetujuan Negeri

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih lagi menunggu persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagi membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, perkenan daripada Majlis Raja-raja dan Yang diPertua Negeri juga diperlukan.

Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai status terkini cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama yang turut melibatkan Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Majlis Raja-Raja pada 29 Jun tahun lepas, memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu.

Ketika ditanya mengenai sama ada kos untuk menunaikan ibadah haji akan dinaikkan tahun ini, Jamil Khir berkata, kos itu masih dikekalkan dengan bayaran RM9,980 seorang, sama seperti tahun lepas.

Beliau berkata, bagaimanapun Tabung Haji akan meenliti semula sama ada terdapat keperluan untuk menaikkan kos menunaikan haji pada musim-musim yang akan datang berdasarkan kepada peningkatkan kos sedia ada.

Mengenai permohonan Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi supaya kuota bagi jemaah haji ditambah bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat di negara ini menunaikan haji, Jamil Khir berkata beliau mengharapkan supaya permohonan itu diluluskan.

Pada masa ini, jumlah kuota jemaah haji Malaysia ialah 26,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan