NKEA Sedia Laporan Terperinci Hala Tuju Sektor Penting Ekonomi

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sedang menyediakan laporan terperinci hala tuju beberapa sektor yang menjadi kunci pertumbuhan ekonomi negara sebagai persediaan terakhir pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurutnya, laporan yang mensasarkan hala tuju bidang ekonomi negara sehingga 2020 itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

"Laporan peringkat terakhir itu akan menjadi penanda aras pelaksanaan MBE yang dijangka dilancarkan tahun ini bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pasar Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor, dekat sini, Ahad.

Ahmad Husni berkata, kajian makmal tersebut bertindak sebagai unjuran kerajaan terhadap bidang berkenaan untuk dijadikan intipati MBE sehingga 2020 sebelum ia dilaksanakan.

Katanya, setakat ini makmal tersebut sedang menyediakan peringkat terakhir laporan itu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk penelitian terakhir.

Beliau berkata, dengan adanya kajian makmal tersebut, kerajaan kini mempunyai pemahaman yang lebih luas mengenai hala tuju sektor tertentu seperti kewangan, pertanian, teknologi maklumat sebagai pemangkin ekonomi negara pada 2020.

Katanya, kajian mengikut bidang keutamaan itu penting kerana MBE yang dilaksanakan sebagai pengganti DEB mempunyai peranan yang lebih luas dan efektif kepada rakyat dalam iklim ekonomi yang berbeza dari sekarang.

Justeru itu, katanya peranan sektor kewangan antaranya perbankan harus selaras dengan struktur ekonomi 2020 yang dijangka semakin kompleks dan mendesak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan