Mulai 1 September, Hanya Mereka Yang Berijazah Diterima Untuk Jawatan Pegawai ATM

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selaras dengan usaha permodenan Kementerian Pertahanan, mulai 1 September ini, kementerian itu akan hanya menerima permohonan daripada mereka yang mempunyai ijazah bagi jawatan pegawai dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu darat, laut dan udara. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM memerlukan pegawai yang mempunyai latar belakang akademik yang baik, terutama dalam bidang sains dan teknologi untuk mengendalikan peralatan tersebut memandangkan pasukan itu kini memulakan usaha memodenisasikan penggunaan peralatan tentera yang canggih dan berteknologi tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan di sini hari ini, beliau berkata selaras dengan peraturan baru itu, skim jawatan pegawai ATM juga akan disesuaikan berdasarkan dengan kelayakan akademik mereka.

Mereka yang memiliki ijazah itu juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah setelah berkhidmat dengan ATM berdasarkan jika mereka layak setelah menduduki peperiksaan yang ditentukan, tambahnya.

Selain itu, Ahmad Zahid juga berharap lebih ramai bukan Bumiputera memohon untuk berkhidmat dengan ATM kerana berdasarkan statistik penglibatan bukan Bumiputera dalam bidang ketenteraan amat rendah. "Kita harap dengan peningkatan gaji untuk pegawai-pegawai serta peningkatan kelayakan ini, diharapkan lebih ramai bukan Bumiputera akan menyertai ATM," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTDM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) supaya mengambil 30 peratus daripada jumlah penuntut pada pengambilan akan datang adalah bukan Bumiputera. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan