Mubarak Sokong Pendekatan Yang Diambil Perdana Menteri

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) pada Ahad merakamkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala pendekatan yang telah dan akan diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kepimpinan kerajaan, proses transformasi politik dan ekonomi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Mubarak juga menggesa kerajaan supaya mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan formula perkongsian kuasa di kalangan pelbagai kaum yang diamalkan melalui kaedah pemerintahan sekarang dikekalkan dengan hak dan kepentingan kaum masing-masing terus terjamin dan terpelihara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Mubarak turut meminta setiap rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada setiap usaha kerajaan ke arah pencapaian matlamat tersebut serta kerjasama secara ikhlas untuk menjayakan usaha tersebut demi memastikan survival negara pada masa depan.

Mubarak juga mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha pihak tertentu untuk merombak Perlembagaan Negara atau menganggu-gugat sebarang peruntukan di dalamnya yang telah dipersetujui bersama pemimpin-pemimpin awal negara ini.

Kesemua perkara tersebut terkandung dalam usul yang dibentangkan oleh Anggota Majlis Tertinggi Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman pada Perhimpunan Agung Mubarak Ke-7 di sini. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Dalam ucapan pembentangannya Abdul Rahman yang juga pengerusi Bernama berkata pengenalan falsafah 1Malaysia oleh Perdana Menteri: "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan jelas menekankan komitmen kerajaan yang sedia ada untuk memperkasakan lagi perjuangan yang dipelopori pemimpin-pemimpin terdahulu.

Malah, katanya Perdana Menteri sendiri seringkali mengingatkan agar semangat toleransi kaum yang menjadi amalan rakyat Malaysia selama ini ditingkatkan lagi sehingga mencapai tahap penerimaan terhadap perbezaan.

"Dengan kata lain, perbezaan yang wujud di kalangan pelbagai kaum di negara ini perlu dijadikan aset untuk manfaat bersama," katanya.

Bekas anggota Parlimen Parit Buntar itu berkata dalam merangka apa juga dasar atau program, kepentingan rakyat tanpa mengira kaum akan sentiasa menjadi pertimbangan utama di samping memastikan setiap projek dan program kerajaan menepati sasaran yang dikehendaki serta memberi faedah optimum kepada negara.

Beliau berkata kaedah tertentu juga diperkenalkan untuk mengelak pembaziran dan ketirisan termasuk penubuhan Equiti Nasional atau Equinas, pengenalan konsep rolling plan dan "outcome" bukan "Output" dalam perancangan pembangunan.

Sementara itu Abdul Rahman berkata untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, perancang ekonomi negara menganjurkan bahawa Malaysia perlu menggandakan pendapatan perkapitanya daripada US$7,000 sekarang kepada US$15,000 menjelang tahun keramat itu.

"Untuk itu kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang secara purata sekurang-kurangnya sebanyak enam peratus setahun dalam tempoh dekad ini," katanya.

Beliau berkata oleh kerana masa yang masih tinggal untuk mencapai Wawasan 2020 kurang daripada 10 tahun lagi, kerajaan berpendapat bahawa tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengambil laluan pintas.

Oleh yang demikian, katanya negara terpaksa melalui proses perubahan yang luar biasa dalam serba serbi kegiatan sama ada dari segi tadbir urus, perancangan ekonomi dan pembangunan, falsafah serta urusan pentadbiran atau pengurusan serta organisasi politik dan lain-lain lagi.

Beliau berkata sebarang langkah pembaharuan yang diambil bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memelihara keharmonian kaum selama ini.

"Semua ini penting demi bangsa, negara dan masa depan rakyat. Tidak ada siapa yang akan untung andaikata satu hari nanti tamadun yang telah kita bina bersama sejak lebih 50 tahun lalu hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu akibat kealpaan kita sendiri," katanya.

Abdul Rahman berkata malangnya terdapat segelintir pemimpin yang seolah-olah mahu melihat kehancuran yang menggerunkan itu menjadi realiti.

"Mereka tidak serik mempertikaikan apa juga tindakan dan langkah yang diambil oleh kerajaan. Seperti yang kita semua sedia maklum sejak beberapa tahun kebelakangan ini khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pelbagai suara sumbang kita dengar seolah-olah tiada sesuatu yang betul pernah dilakukan oleh kerajaan.

"Perkara-perkara yang telah dipersetujui sebelum ini seperti kontrak sosial serta peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan diungkit-ungkit tanpa kesudahan," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan