Malaysia Disaran Sepadukan 'Model UN' Dalam Sistem Persekolahan

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Malaysia menyepadukan 'Model United Nations (Model UN), satu simulasi akademik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), ke dalam sistem persekolahan nasionalnya kerana model itu mampu memupuk pemikiran kritis dalam kalangan generasi muda, kata seorang pegawai badan dunia itu hari ini.

Penyelaras Residen PBB bagi Malaysia, Brunei dan Singapura Kamal Malhotra berkata program berkenaan, yang bermatlamat meningkatkan pengetahuan pesertanya tentang sivik, perkembangan semasa, komunikasi berkesan, globalisasi dan diplomasi pelbagai hala, boleh memberi manfaat kepada kurikulum sekolah di negara ini.

"Kami dalam PBB melihat pendekatan hak asasi manusia sebagai unsur yang amat penting dalam apa jua yang kami lakukan; oleh itu, sekiranya ia diguna pakai dalam sistem persekolahan di Malaysia, ia perlulah dijadikan sebahagian daripada langkah untuk melakukan reformasi terhadap kurikulum," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi Malaysia, ia merupakan suatu cabaran kerana negara ini juga mempunyai sistem persekolahan bersifat vernakular, katanya.

"Ia berfungsi dengan cukup baik dalam konteks pelbagai budaya apabila setiap orang belajar di sekolah serupa dan sebagai permulaan, Malaysia boleh menyasarkan sistem persekolahan nasional yang mempunyai pelajar daripada semua kumpulan etnik," katanya.

Kamal berkata oleh kerana Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Model UN Global Kedua 2010 (GMUN) yang akan bermula pada 14 Ogos ini, maka ia boleh mempromosikan model itu dalam kalangan generasi mudanya.

"Di kebanyakan negara, sudah menajdi suatu tradisi, persidangan Model UN ini diadakan di peringkat sekolah, tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Mungkin, para pelajar belum begitu terdedah kepada PBB, termasuk di peringkat universiti.

"Jadi, ia mungkin sesuatu yang baru bagi Malaysia, tapi saya rasa, adalah sesuatu yang baik sekiranya Malaysia dan pelajarnya didedahkan kepada Model UN ini kerana isu-isu berkaitan dengan dialog antara budaya amat relevan dalam konteks Malaysia memandangkan komposisi rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik," kata beliau.

Kira-kira 1,000 pelajar paling pintar dari 90 negara anggota PBB dijangka menyertai GMUN 2010 yang dianjurkan Jabatan Penerangan Awam PBB, Perikatan Peradaban PBB dan Sekretariat Komanwel serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Malaysia akan diwakili 50 peserta pada persidangan itu yang bertemakan "Ke Arah Perikatan Peradaban: Merapatkan Budaya Ke Arah Mencapai Keamanan dan Pembangunan."

Persidangan lima hari itu akan menyaksikan peserta berusia antara 18 dan 24 tahun, yang terdiri daripada penuntut kolej dan universiti, membincangkan isu berkaitan budaya, globalisasi dan sosio ekonomi.

Pada akhir persidangan itu, para perwakilan akan meluluskan satu resolusi yang akan dikemukakan kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB.

Kamal berkata pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan itu amat relevan berdasarkan kedudukan geografinya dan peranannya sebagai sebuah negara Islam.

"Malaysia terletak di persimpangan antara beberapa blok negara utama dan memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Ia juga memainkan peranan penting dalam Asean dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)," katanya.

Kamal melahirkan harapan agar persidangan itu juga berusaha merapatkan jurang komunikasi dan mengurangkan salah tanggapan tentang budaya dan agama serta beberapa isu lain untuk membina jaringan lebih kukuh dalam kalangan belia sejagat.

GMUN pertama diadakan di Geneva, Switzerland pada Ogos tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan