Majikan Perlu ‘Lebih Berhati-Hati’ Dengan Pekerja

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para majikan perlu “lebih berhati-hati” dalam cara mengendalikan pekerja-pekerja mereka dengan pindaan yang bakal berlaku dalam Akta Pekerjaan.

Dan itu adalah prinsip pertama yang mereka perlu mengadaptasikannya supaya “menerimanya sepanjang masa”, menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Setiausaha MEF, Datuk Thavalingam Thavarajah, seorang peguam yang berpengalaman mengendalikan kes gangguan seksual berkata, “majikan agresif” tidak mempunyai pilihan lain tetapi membersihkan kelakuan mereka.

“Pindaan baru itu lebih jelas dan akan membantu membezakan perkara yang “boleh” dan “tidak boleh” di tempat kerja,” katanya.

“Jika seseorang lelaki mempunyai gambar bogel wanita di wall dan screen saver di komputer peribadinya dikira sebagai gangguan seksual. Komen seperti ‘Kaki anda kelihatan hebat apabila memakai skirt pendek’ boleh menyakitkan hati.

“Emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah boleh ditafsirkan sebagai gangguan seksual kerana ia seolah-olah menghina keperibadian seseorang,” kata Thavalingam.

Beliau menasihatkan pekerja yang tersinggung dengan komen bersifat seksis daripada majikan perlu diperjelaskan mengenai perasaan itu dari awal.

Pindaan berkenaan yang dibentangkan di Parlimen pada 8 Julai lalu berhubung pengesahan dan liabiliti kepada majikan bagi memastikan kes-kes seumpama itu dapat diatasi mengikut undang-undang.

Terdapat cadangan di mana majikan perlu mengenal pasti aduan-aduan mengenai gangguan seksual dalam tempoh 30 hari atau didenda sehingga RM10,000.

Pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan bagi hujahan kedua di dalam Parlimen akan datang pada tahun ini.

Thavalingam berkata, pindaan itu mengenai syarat terhadap pemegang berkepentingan dan menambah pihak pengurusan perlu mengambil perhatian terhadap pindaan tersebut.

Kebanyakan firma besar seperti F&N Beverages dan Astro sudah mempunyai peraturan dalaman bagi membabikan isu gangguan seksual.

“Astro percaya dengan menyediakan persekitaran bekerja yang bebas diskriminasi dan gangguan kepada pekerja-pekerja mereka,” kata Naib Presiden Kanan (Pengurusan Bakat), Aziz Mohd Ibrahim.

Pengurus Modal Insan F&N Beverages, Teofilus Ponniah yang menerima pindaan berkenaan berkata, firma itu meletakkan asas bagi menangani perkara yang melampaui batasan sejak tahun 2002.

“Sebarang tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar dasar itu,” tegasnya.

Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Women’s Change for Change (WCC) Pulau Pinang, Loh Cheng Kooi berkata, pindaan itu tidak cukup untuk melindungi semua kejadian gangguan seksual.

Katanya, WWC dengan beberapa kumpulan yang melindungi hak wanita telah mencadangkan supaya satu rang undang-undang berkaitan gangguan seksual kepada kerajaan sejak tahun 2001.

Loh berkata, masalah membabitkan peruntukan di bawah Akta Pekerjaan hanya kepada kejadian yang berlaku antara hubungan majikan dan pekerja.

“Oleh itu, ia gagal melindungi manga-mangsa gangguan seksual yang berlaku di luar tempat kerja,” katanya.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA), Ivy Josiah turut menggesa supaya Akta Anti Gangual Seksual diwujudkan.

“Kami tidak akan gembira dengan cadangan pindaan itu. Ia langsung tidak memperjelaskan tentang undang-undang mengenai gangguan seksual atau penguatkuasaan terhadap mekanisme yang efektif di dalam sesebuah syarikat,” ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan