Hukuman Lebih Berat Untuk Perogol Kanak-Kanak Wajar Dipertimbang - Dr Chua

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan diminta meminda undang-undang sedia ada berhubung hukuman kepada pesalah rogol membabitkan kanak-kanak dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu, isu ini tidak wajar dipandang ringan dan masyarakat juga mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.

Semalam, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Dr Chua, yang ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Pulau Pinang di sini pada Ahad berkata, cadangan Karpal Singh itu baik tetapi perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan bagi menggantikan hukuman sedia ada.

Sementara itu di Hulu Selangor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyambut baik cadangan Karpal itu, bagaimanapun berkata soal hukuman bukan jalan penyelesaian kepada jenayah terbabit yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Ini masalah yang sangat serius. Kita tidak harus hanya melihat hukuman maksimum dikenakan, tapi hal-hal penting adalah langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi jenayah itu daripada berulang.

"Semua pihak termasuk NGO dan parti politik harus bekerjasama untuk memikirkan cara terbaik menyelesaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemasyarakatan 1Azam iaitu azam untuk mengakhiri zaman miskin, anjuran kementeriannya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Nigel Gardner, Bestari Jaya di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan