Amanah Raya Berhad Akan Tubuh Institusi Menabung Haji Di Negara Islam

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Amanah Raya Berhad (ARB) akan menubuhkan institusi kewangan di beberapa buah negara Islam bagi menyediakan perkhidmatan menabung bagi menunaikan ibadat haji, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, satu perjanjian telah ditandatangani di antara ARB dan Bank Pembangunan Islam (IDB) bagi tujuan berkenaan.

"Sehingga kini, tiga buah negara telah memberikan persetujuan kepada ARB untuk menjalankan perkhidmatan tersebut... wang deposit yang dikumpulkan akan dilabur semula untuk menjana pendapatan dan memberikan keuntungan kepada semua penyimpan.

"Tugas membawa penyimpan ke Tanah Suci pula diserahkan kepada Tabung Haji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan membina surau baru Kampung Baru Tersusun Jelapang Jaya di sini, Ahad.

Ahmad Husni berkata, usaha itu bertujuan memberikan perkhidmatan kepada negara-negara Islam yang tidak mempunyai sistem dalam membawa jemaah haji negara mereka menunaikan ibadah haji.

Menurutnya, semua pihak mengakui Tabung Haji mempunyai sistem pengurusan jemaah haji terbaik di dunia, oleh itu perkhidmatan yang serupa akan diperluaskan kepada negara-negara yang bersetuju mengadakan bekerjasama berkenaan melalui ARB.

"Sebelum ini, kebanyakan negara-negara ini menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan untuk membawa jemaah... mereka tiada sistem yang lengkap untuk kemudahan para jemaah haji," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berharap bangunan-bangunan surau lama dapat dijadikan perpustakaan awam bagi kemudahan anak-anak penduduk.

Pembinaan surau baru Kampung Baru Tersusun Jelapang Jaya yang membabitkan peruntukan RM550,000 itu akan dimulakan sebelum akhir tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan