SPNB Fokus Kepada Penyediaan Rumah Mampu Milik Bawah RM100,000 Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Mulai tahun ini, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan memberi tumpuan kepada penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah harga RM100,000.

Pengarah Urusannya Prof. Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata ketika ini SPNB sedang berunding dengan kerajaan negeri untuk melihat sekiranya ada tapak yang boleh dibangunkan bagi projek tersebut.

"Kita sedang berbincang dengan kerajaan negeri. Kita akan membuat pengumumannya apabila kita telah mengenalpasti tanah untuk dimajukan bagi skim RMM di bawah RM100,000," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah projek RMM Taman Selasih, Senaling, dekat sini, Sabtu.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek.

Katanya sasaran RMM ini ialah golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya kepada golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah.

Beliau juga berkata yang pihaknya sekarang telah mengubah cara menyediakan RMM ini dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah kerajaan negeri yang berpotensi untuk RMM.

Katanya, sebelum ini SPNB menjalankan projek secara reka dan bina iaitu dalam erti kata lain dari segi tanah dan juga pembinaan berdasarkan kepada cadangan pihak kontraktor.

Sementara itu, katanya di bawah program RMM, setakat ini SPNB telah siap membina sebanyak 10,419 unit rumah melibatkan 18 buah projek yang melibatkan keluasan tanah lebih 500 ekar (200 hektar) di seluruh negara.

"Bagi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) pula, setakat ini SPNB telah meluluskan sebanyak 17,967 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion. SPNB telah berjaya menyerahkan 14,568 unit RMR di seluruh negara dengan nilai projek RM840 juta," katanya.

Projek Taman Selasih yang dibangunkan oleh SPNB terdiri daripada 257 unit rumah yang berharga di antara RM40,000 hingga RM75,000 di atas tanah seluas 20 ekar (lapan hektar). Ianya menelan belanja RM16.27 juta untuk dibangunkan dan telah memperolehi sijil layak menduduki pada Januari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan