Polis Tidak Temui Surat Sokongan Selepas Memeriksa Pejabat MPK Semalam

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak menemui sebarang surat sokongan yang didakwa digunakan oleh ahli majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mendapatkan kontrak semasa membuat pemeriksaan ke atas pejabat itu semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menjalankan siasatan yang mendakwa ahli majlis itu, Tee Boon Hock telah menyalahgunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian negeri Ronnie Liu untuk mendapat sokongan bagi kroni dan anggota keluarganya mendapat pelbagai kontrak MPK.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu yang berkaitan dengan kes itu bagi membantu polis dalam siasatan itu, dan Ronnie Liu telahpun memberi kerjasama yang baik untuk tampil memberikan keterangan, Isnin ini.

Bagaimnapun, Tee yang telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan tersebut masih belum berbuat demikian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Bandar Utama, Damansara, dekat sini, Sabtu.

"Saya meminta supaya ahli majlis (MPK) yang dikaitkan dengan kes itu iaitu Tee Boon Hock tampil memberikan keterangan (kepada polis), agar polis dapat menyelesaikan kes ini dengan segera tanpa mencetuskan sebarang spekulasi," katanya.

"Semalam kita telah mengambil dan memeriksa dokumen-dokumen dari pejabat MPK tetapi tidak menemui surat sokongan yang disalahgunakan sepertimana yang dilaporkan media."

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi anggota exco itu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya mendapat kontrak dari MPK.

Susulan laporan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan ahli majlis MPK yang didakwa agar bercuti daripada tugas buat sementara, sehingga siasatan ke atas dakwaan yang mengaitkannya dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan