Peruntukan RM1 Bilion Jadikan Kota Belud Jelapang Padi

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion bagi menjadikan daerah Kota Belud yang terletak di bahagian pantai utara Sabah sebagai jelapang padi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata setakat ini 60 peratus pembangunan fasa pertama bernilai RM100 juta yang melibatkan pembinaan saliran sudah dsiapkan.

"Pembinaan fasa kedua akan dilakukan bagi membina empangan sebaik sahaja projek fasa pertama siap menjelang 2011 membabitkan peruntukan kira-kira RM450 juta.

"Sehubungan itu saya minta kerjasama wakil rakyat di sini dan petugas kementerian supaya turun padang untuk berjumpa dengan rakyat dan memberikan penerangan kepada mereka tentang mengapa empangan ini diperlukan dan dalam masa yang sama pastikan kebajikan rakyat diberi pembelaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Rakyat peringkat Parlimen Kota Belud, di sini, Sabtu.

Noh berkata kerajaan menyasarkan Kota Belud muncul sebagai antara kawasan pengeluar industri pertanian dan penternakan utama negara menjelang 2015.

Katanya kemajuan industri pertanian dan penternakan di daerah itu akan dilonjakkan melalui tiga projek utama termasuk menjadikannya sebagai jelapang padi terbesar di Sabah dengan membuka seluas 10,000 hektar, sekaligus meningkatkan hasil padi Sabah daripada 30 peratus kepada 60 peratus.

Beliau berkata Kota Belud juga akan dijadikan kawasan penternakan lembu tenusu selain pusat pengumpulan pertanian.

Katanya program penternakan lembu tenusu itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat bakal diilancarkan dalam waktu terdekat dan sebanyak 1,000 ekor lembu tenusu dijangka dibekalkan untuk peringkat permulaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan