Penilaian Untuk Memberi Mata Kredit Kepada Aktiviti Silat

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperbanyakkan lagi aktiviti kokurikulum di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang boleh diberi markah kredit supaya ia dapat dikira dalam Pengumpulan Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pelajar, kata Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kementerian mahu lebih banyak aktiviti kokurikulum seperti silat diberi kredit markah untuk dicatatkan dalam PNGK pelajar.

"Kalau boleh, kita mahu pelajar yang menyertai seni silat diberi markah kredit seperti pelajar yang menyertai Kor Sukarelawan Polis (Suksis) dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang semakin berkembang di IPT seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah 2010 kali ke-15 di Kolej Universiti Insaniah di sini Sabtu.

Beliau berkata pelajar-pelajar yang menyertai Suksis dan Palapes mendapat enam hingga lapan kredit sepanjang enam hingga lapan semester penglibatan mereka dalam aktiviti itu dan beliau berharap agar seni silat juga diberi markah kredit seperti kedua-dua kokurikulum itu.

"Untuk membina sahsiah pelajar, bukan semata-mata diberi melalui pengajaran akademik tetapi kokurikulum juga perlu diberi perhatian kerana ia dapat mempertahankan diri selain mengisi masa untuk beriadah," katanya.

Katanya ada sesetengah pelajar hanya mahu menumpukan perhatian dalam akademik semata-mata kerana bagi mereka kokurikulum tidak memberi markah untuk membantu PNGK kelak.

"Sebab itulah kementerian akan menilai semula untuk menambahkan bilangan kokurikulum yang memberi markah kredit untuk dicatatkan dalam PNGK pelajar. Kalau boleh kita hendak mereka (pelajar) bergiat aktif sampai mereka boleh menjadi jurulatih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata kementerian itu akan menilai kemungkinan membenarkan pensyarah aktif dalam politik.

Beliau berkata sekarang ini pensyarah-pensyarah hanya dibenarkan menjadi ahli parti politik, tetapi ada peraturan-peraturan yang tidak membolehkan mereka aktif dalam politik.

"Saya pasti tentu ada banyak yang akan dibahaskan tentang isu itu. Jika guru siswazah boleh aktif berpolitik, kenapa pensyarah tidak boleh," katanya.

Katanya perbincangan harus dibuat berkenaan isu itu dan masyarakat tidak boleh terlalu cepat memikirkan keburukannya sebelum membuat sesuatu keputusan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan