Kilang Proses Makanan Laut Hampir Musnah Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebuah kilang memproses makanan laut hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Peramu di sini hari ini.

Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Kuantan, Zulfahmi Sutaji berkata, empat jentera bersama 40 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.57 pagi.

"Sampai di lokasi, api telah mula merebak. Bagaimana pun bomba berjaya mengawal kebakaran dengan mengambil masa kira-kira satu setengah jam.

"Kilang itu mempunyai 149 pekerja dan kesemua mereka selamat," katanya kepada pemberita di sini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan