Kementerian Masih Kumpul Maklumat Berkaitan Pemansuhan UPSR, PMR - Berita Semasa | mStar

Kementerian Masih Kumpul Maklumat Berkaitan Pemansuhan UPSR, PMR

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan penuh berkaitan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijangka diserah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sebelum akhir bulan depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pada masa ini kementerian masih mengumpul maklumat bagi menyediakan laporan penuh itu.

"Saya belum mendapat maklumat yang lengkap. Kita perlu perhalusi banyak lagi aspek melalui cadangan yang telah dikemukakan.

"Kami juga masih mengumpul semua cadangan yang dicadangkan termasuk melalui media seperti paper cutting (keratan akhbar), emel dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan meja bulat yang diadakan oleh kementerian itu sebanyak dua kali pada 19 dan 27 Julai lepas.

Perbincangan meja bulat yang pertama dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.

Perbincangan kedua pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini.

Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat emel kpkpm. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan