Jumlah Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Di Terengganu Membimbangkan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

"Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini, Sabtu.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program 'ingat sebelum kena' yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan