Jangan Terpedaya Jualan Koperasi Ilham Berhad

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan tawaran khairat kematian yang dijual oleh Koperasi Ilham Berhad (KIB) kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata syarikat terbabit kini dikesan bergerak aktif di Perak serta di utara tanahair beberapa bulan lepas dengan memperdayakan golongan warga emas supaya membeli tawaran itu.

"Wakil dan kakitangan syarikat itu bergerak aktif dari rumah ke rumah untuk mempengaruhi golongan warga emas membeli produk mereka...saya nasihatkan supaya orang ramai agar tidak membeli produk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan kepenggunaan 2010 anjuran Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan kementerian berkenaan di sini Sabtu.

Beliau berkata syarikat khairat bagi kaum Cina yang ditubuhkan di Kuala Lumpur itu tidak berdaftar dengan SKM serta tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan berkenaan.

Katanya ramai terpengaruh dan terpedaya dengan tawaran syarikat itu menjual khairat bagi kaum Cina dengan harga RM365 bagi setahun kerana tertarik dengan jumlah pampasan yang diberikan iaitu sebanyak RM20,000 bagi setiap jualan.

Tan berkata beliau banyak menerima panggilan telefon daripada orang ramai yang bertanyakan kesahihan jualan tersebut yang menawarkan pulangan yang begitu tinggi.

Beliau berkata SKM kini menyiasat syarikat terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan