Felcra Akan Saman Pembangkang Jika Fitnah

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPUNG GAJAH: Felcra Berhad (Felcra) akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana pemimpin pembangkang yang menabur fitnah atau memanipulasikan fakta mengenai pengurusan agensi itu.

Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata amaran itu diberikan kerana parti pembangkang telah mula menganjurkan pelbagai ceramah dengan menimbulkan isu remeh temeh dan memperlekehkan pengurusan Felcra bagi menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pihak pembangkang didapati cuba memanipulasikan fakta kononnya agensi itu turut menghadapi masalah pengurusan dan kewangan, sama seperti tuduhan bangkrap yang dilemparkan terhadap Felda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gotong royong perdana di Felcra Seberang Perak di sini hari ini.

Felda sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Suara Keadilan, akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa pemimpin pembangkang berhubung dakwaan Felda telah bankrap.

Tajuddin berkata Felcra mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana telah berjaya memberi dividen bernilai RM3.6 billion kepada 94,000 peserta setakat ini.

"Sepanjang tahun lalu, Felcra mengeluarkan dividen sebanyak RM480 juta dan RM790 juta pada tahun 2008 dan pada tahun ini akan memberi RM500 juta dividen kepada peserta.

Sebagai Pengerusi, saya tahu segala fakta yang membabitkan pentadbiran Felcra yang merupakan institusi yang berjaya mengubah kehidupan rakyat dalam pembangunan sosial dan ekonomi," jelasnya.

Katanya, Felcra juga tidak mengabaikan pembangunan di negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata Felcra telah memberi tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas 4,046 hektar bernilai RM300 juta kepada kerajaan negeri Kelantan atas permintaan Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tajuddin meminta peserta Felcra terus mempertahankan institusi itu dan tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang yang semata-mata bermotifkan agenda politik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan