Anggota Polis Hilang Dalam Laut Masih Belum Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat yang dilaporkan hilang di Tok Bali di sini semalam masih belum ditemui.

Usaha mencari Lans Koperal Basri Abdul Majid, 45, diteruskan hari ini oleh pasukan polis, bomba dan penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim, kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya.

Kehilangan Basri disedari oleh lapan rakannya pada 7.30 malam ketika mereka dalam perjalanan pulang dengan bot setelah memancing di Pulau Susu Dara, kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari Tok Bali.

"Mangsa dipercayai terjatuh daripada bot," kata Kaharuddin.

Gerakan mencari ditumpukan di sekitar pulau berkenaan dan laluan ketika mereka pulang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan