Pemuda Umno Cadang Pesnyarah dan Mahasiswa Turut Dibenarkan Aktif Politik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini pada Jumaat.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan