Khir Toyo Sedia Minta Maaf Jika Semua Pusat Judi, Hiburan Haram Ditutup

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata beliau sedia minta maaf kepada DAP Selangor berhubung dakwaannya kumpulan samseng melindungi kegiatan curi pasir di negeri ini dengan syarat semua pusat judi, pusat hiburan dan rumah urut tidak berlesen di negeri ini ditutup terlebih dahulu.

Katanya sekiranya tindakan itu diambil, beliau sedia minta maaf.

Dr Mohamad Khir berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng Sang pada sidang akhbar di sini hari Jumaat yang memberikan tempoh sehingga 12 tengah hari Ahad ini kepada Dr Mohamad Khir mengemukakan bukti atau senarai nama kumpulan samseng yang didakwanya melindungi kegiatan mencuri pasir di Selangor.

Lau berkata jika bekas Menteri Besar Selangor itu gagal berbuat demikian, beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada DAP Selangor.

Sekiranya Dr Mohamad Khir gagal melakukan satu daripada dua perkara itu, DAP Selangor akan membuat polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, katanya.

Semalam, Dr Mohamad Khir mendakwa kumpulan samseng yang melindungi kegiatan mencuri pasir di Selangor mempunyai kaitan dengan DAP Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan