Jangan Denda Pekerja Asing Yang Bekerja Secara Tidak Sah - MTUC

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong kempen kerajaan bagi memburu majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja asing secara tidak sah.

Bagaimanapun, kesatuan itu berharap pekerja yang menjadi mangsa akibat majikan yang tidak bertanggungjawab tidak akan dikenakan denda.

Kerajaan seharusnya memberi kemudahan dan tanpa sebarang gangguan membenarkan pekerja tersebut meninggalkan negara, kata Naib Presiden MTUC A.Balasubramaniam.

Beliau memberitahu Bernama pekerja berkenaan tidak harus dipersalahkan sekiranya visa mereka tidak diperbaharui kerana ia adalah di bawah tanggungjawab majikan untuk berbuat demikian.

Beliau mengulas mengenai usaha terkini Jabatan Imigresen untuk menangkap majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.

Beliau menyatakan MTUC telah banyak kali mengemukakan masalah kategori pekerja tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan pada masa lalu tetapi tiada penyelesaian dicapai.

"Kami berharap kempen ini akan dikekalkan dan pekerja akan diberi layanan adil," tambah beliau.

Katanya usaha itu telah tertangguh lama kerana pekerja telah lama dieksploitasi oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

Statistik terbaru Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat 1.9 juta pekerja asing digaji secara tidak sah di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan