Femme City 2010 Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Malaysia kini sudah bersedia untuk mencipta kejutan dalam pelbagai bidang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Masanya sudah tiba dan kami (wanita) tidak perlu menunggu lebih lama lagi. Kami mahu menjadi sahabat pintar anda (lelaki),” katanya pada majlis perasmian Femme City 2010 anjuran akhbar The Star di Kuala Lumpur City Centre pada Jumaat.

Beliau turut menggesa golongan lelaki di negara ini membantu wanita mencapai sasaran 30 peratus pembuat keputusan dalam kerajaan.

Shahrizat turut meluangkan masa hampir dua jam melawat gerai-gerai yang terdapat di pameran yang berlangsung selama tiga hari anjuran akhbar sisipan bulanan Kumpulan The Star, Clove itu.

Antara gerai yang terdapat pada Femme City 2010 ialah fesyen, kecantikan, kesihatan yang dibuat seolah-olah seperti sebuah kota metropolis. Turut hadir ialah ahli Lembaga Pengarah Kumpulan The Star.

Biarpun tidak sihat kerana diserang selsema, Shahrizat tetap hadir sebagai tanda sokongan kepada majlis tersebut.

“The Star sanggup menurap jalan untuk menganjurkan majlis sebegini. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya golongan wanita sebagai pengguna kerana mereka inilah yang merupakan tonggak kepada kemajuan sebuah negara,” katanya pada sidang akhbar selepas itu.

Dalam ucapannya, Shahrizat berkata berdasarkan prestasi semasa, beliau yakin wanita akan mendahului lelaki pada tahun-tahun akan datang.

Beliau pada masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kaum lelaki.

"Pencapaian wanita Malaysia tidak akan mampu dicapai tanpa mereka (lelaki),” katanya sambil ketawa dengan memberi contoh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai lelaki paling disukai kerana sifatnya yang berbudi bahasa dan baik antara ciri-ciri idaman wanita di Malaysia.

Shahrizat turut memuji The Star sebagai sebuah agensi media terkenal yang menekankan peluang pendidikan tanpa mengira kaum.

“The Star banyak memberikan peluang kepada wanita berkaliber dan mereka turut memberikan peluang kepada wanita yang pengalaman ini memegang jawatan-jawatan utama di syarikatnya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan media arus perdana supaya bertanggungjawab dalam memberi laporan serta persepsi umum kerana ia bakal menentukan masa depan negara.

Jelasnya, wanita sememangnya telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang hingga ada antara mereka telah mendahului lelaki apabila lebih ramai wanita di universiti dan kini ramai antara mereka telah memegang jawatan tinggi dalam bidang korporat dan kerajaan. Ini adalah satu fenomena global ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datin Linda Ngiam turut menyerahkan kunci pintu gerbang "Femme City 2010" kepada Shahrizat pada majlis perasmian.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dijangka akan melawat pameran Femme City 2010 esok.

Pameran tersebut dibuka kepada orang ramai bermula pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Bayaran masuk adalah percuma.

Acara kemuncak pada pameran ini ialah, bengkel tarian gelek, pertunjukkan fesyen, tips mengenai majlis perkahwinan dan kecantikan daripada penulis pojok akhbar The Star Vasthu Sastra.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan