Bukti Sistem Perundangan Negara Telus - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet daripada Barisan Nasional (BN).

"Ini soal undang-undang dan penyiasatan pihak berkuasa...bila sampai satu peringkat pihak berkenaan berpendapat ada tindakan yang perlu diambil, maka mereka bertindak. "Biasalah pembangkang akan buat apa sahaja kenyataan apabila keputusan tidak menyokong mereka, mereka katalah tidak adil," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan Dr Ling di Mahkamah Sesyen semalam.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 berkata, beliau bagaimanapun yakin pihak berkuasa dan sistem kehakiman negara akan berlaku adil kepada semua pihak.

"Kita serahkan semuanya kepada pihak berkuasa dan sistem kehakiman kerana sejak dulu kita yakin bahawa seseorang itu adalah "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya.

Ditanya sama ada perlu diwujudkan jawatankuasa khas bagi memastikan anggota Kabinet tidak memberi maklumat palsu, Muhyiddin berkata, ia tidak perlu kerana kerajaan yakin sistem sedia ada masih relevan dan boleh diguna pakai.

Bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.

Dr Ling, 67, didakwa memperdaya Jemaah Menteri supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan