Ahli KWSP Berpeluang Beli Rumah Bernilai Tinggi Mulai 1 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum pernah mengeluarkan simpanan mereka di bawah Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya di bawah 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel'.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata kemudahan itu diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

"Usaha ini adalah untuk menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia. Ahli kini berpeluang merealisasikan impian mereka untuk memiliki kediaman yang lebih baik buat keluarga menerusi kelayakan pinjaman yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan menjejas simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan dari KWSP.

"Kemudahan ini terbuka kepada ahli yang belum berumur 54 tahun semasa permohonan dibuat dan ia mesti dibuat bersama-sama dengan permohonan untuk Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP," katanya.

Azlan berkata bagi kemudahan itu, ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel dan diikuti oleh pindahan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut.

Beliau berkata simpanan yang telah diasingkan di bawah Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak boleh dikeluarkan atau digunakan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan lain seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan umur 50 tahun sebelum tamat tempoh kemudahan pengeluaran ini.

"Bagaimanapun, ahli boleh menggunakan simpanan dalam Akaun 2 sekiranya masih mempunyai baki untuk pengeluaran pra-persaraan lain," katanya.

Beliau berkata setiap permohonan perlu dikemukakan oleh ahli sendiri kepada institusi kewangan di mana mereka memohon pinjaman perumahan tersebut dan setiap borang permohonan kemudiannya akan dihantar kepada KWSP oleh ibu pejabat institusi kewangan yang mengambil bahagian.

"Setakat ini, Maybank dan Public Bank telah mengesahkan penyertaan mereka dan telah bersedia untuk melaksanakan Pengeluaran Perumahan Fleksibel dan KWSP menjangkakan lebih banyak bank akan turut serta," katanya.

Azlan berkata ahli yang ingin membatalkan kemudahan itu boleh berbuat demikian hanya selepas satu tahun dari tarikh kemudahan tersebut diluluskan dan perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada institusi kewangan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan itu boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau layari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan