Semua Gerakan Militan Sentiasa Dipantau- PDRM

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan memberi perhatian kepada semua gerakan militan sama ada di dalam dan di luar negara, termasuk gerakan militan Sikh.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, PDRM berkata ia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai pangkalan bagi gerakan itu.

"Setakat ini tidak terdapat tanda-tanda menunjukkan kegiatan seperti yang didakwa dalam (sebuah) blog yang boleh menjejaskan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini," menurut kenyataan itu. PDRM mengulas mengenai sebuah laman blog yang menyebut polis Punjab mendakwa Malaysia menjadi pangkalan pergerakan militan Sikh.

Menurut kenyataan itu lagi PDRM tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang sekiranya gerakan militan tersebut boleh menjejas keselamatan negara.

Katanya, PDRM akan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa India sekiranya diperlukan dalam menangani gerakan militan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan