PM Lantik Sidek Anggotai Lembaga Penasihat 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menganggotai Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, 1MDB berkata ia kini mempunyai lembaga yang mantap, terdiri daripada tokoh-tokoh unggul, dari dalam dan luar negara, yang dilantik oleh Najib, pengerusinya.

Para penasihat itu akan membantu membentuk landasan pacuan 1MDB serta memastikan tahap tadbir urus korporat tertinggi dipatuhi, katanya.

Najib juga melantik Chang Zhenming, naib pengerusi dan presiden Citic Group dari China, menganggotai lembaga pengarah itu. Ahli lembaga sekarang ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; ketua setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Pengarah Urusan Mubadala Development Co, Khaldoon Khalifa Al Mubarak; dan Pengerusi Kumpulan & CEO LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault.

CEO 1MDB, Shahrol Halmi, berkata syarikat itu diberi penghormatan dengan keanggotaan (Tan Sri) Mohd Sidek dalam lembaga itu.

"Nasihat beliau akan membantu meningkatkan sinergi antara 1MDB, sebagai syarikat milik penuh kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Shahrol berkata keberkesanan 1MDB akan meningkat berlipat ganda memandangkan pengalaman beliau dalam inisiatif antara kementerian ke arah membina sebuah ekonomi yang lebih bertenaga dan berdaya saing. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan