Pidato 1Malaysia 2010

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rektor Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa (tiga, kiri) menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alam Shah Muhammad Zuheir Zulkifely (dua, kiri) setelah menjadi juara Pertandingan Akhir Pidato 1Malaysia di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.
Rektor Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa (tiga, kiri) menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alam Shah Muhammad Zuheir Zulkifely (dua, kiri) setelah menjadi juara Pertandingan Akhir Pidato 1Malaysia di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Pertandingan Pidato 1Malaysia 2010 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dilihat sebagai medium penting yang dapat membantu kerajaan melahirkan golongan pelajar lebih kreatif dan kritis dalam memahami gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa program pidato ini merupakan satu aktiviti muhibah yang dapat membentuk modal insan pelajar terutamanya dalam memahami aspirasi gagasan 1Malaysia.

“Gagasan 1Malaysia adalah semangat patriotisme yang perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi.

"Oleh itu semua guru perlu bersama-sama dengan kerajaan menanam semangat patriotik 1Malaysia ini kepada para pelajar,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato 1Malaysia 2010 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada Khamis.

Dengan tema Menjana Transformasi, pertandingan Pidato 1Malaysia ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekolah menengah di seluruh negara dengan 32 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, Muhammad Zuheir Zulkifely dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan akhir Pidato 1Malaysia 2010.

Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan pula disandang oleh Muhammad Haidar Zorkifli dari Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang manakala tempat ketiga dimenangi oleh Syafiq Hariz Mohd Hanafiah dari Sekolah Agama Darul Falah, Alor Gajah Melaka.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan RM500, trofi dan sijil penyertaan. Sebanyak enam peserta layak ke peringkat akhir.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan