Kerajaan Akan Salur RM5 Juta Untuk Yayasan Bantuan Guaman

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menyalurkan RM5 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman yang dijangka ditubuhkan pada akhir tahun ini bagi membantu golongan tidak berkemampuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan perkara itu kepadanya semalam tetapi ia perlu menunggu penubuhan secara rasmi yayasan itu terlebih dahulu.

Yayasan Bantuan Guaman merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang dicadangkan oleh Majlis Peguam bagi membantu mengurangkan beban mereka yang didakwa di mahkamah dan yayasan itu akan disertai bersama antara pihak kerajaan dan Majlis Peguam.

Ismail Sabri berkata Perdana Menteri bersetuju memberi bantuan kewangan setelah Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan memaklumkan bahawa ramai rakyat miskin tidak mendapat pembelaan dan Biro Bantuan Guaman (di bawah seliaan Majlis Peguam) mempunyai masalah kewangan untuk mewakili kesemua yang memohon.

"Kewangan dah disediakan cuma dari segi penubuhannya belum lagi. Tidak boleh masuk duit sebab belum ditubuhkan," katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Persidangan Undang-undang Malaysia kali ke-15 di sini hari ini.

Sementara itu, dalam sidang akhbar berasingan Ragunath memberitahu 80 peratus tertuduh yang disabitkan di dalam kes jenayah di Mahkamah Majistret tidak diwakili peguam.

Katanya cadangan untuk menubuhkan yayasan itu timbul bagi memberi pembelaan kepada semua pihak dan bantuan yang diberi pihak kerajaan mampu mengurangkan beban yang ditanggung Majlis Peguam sebelum ini.

Tambahnya, Biro Bantuan Guaman yang mempunyai 14 cawangan menelan belanja kira-kira RM1.2 juta setahun termasuk kos operasi, sewa bangunan dan lain-lain.

"Yayasan ini akan menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan kaum wanita, juvana dan reman oleh pihak polis," katanya.

Berkenaan Rang Undang-Undang Persaingan 2010, Ismail Sabri berkata pihak kementerian sedang mengemas kini rang undang-undang itu yang bertujuan menyekat kuasa monopoli dan pakatan syarikat besar dalam menentukan harga barangan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dengan melindungi proses persaingan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Persidangan Undang-undang Malaysia bertema "Malaysia:Extending Frontiers, Widening Horizons' disertai 700 peserta dari seluruh negara.

Sepanjang persidangan selama tiga hari itu, beberapa tokoh akan menyampaikan ceramah, antaranya Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan bekas hakim Mahkamah Tinggi Australia Michael Kirby. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan