Guan Eng Minta SDO Beri Penjelasan Isu Perobohan Gerbang Taman Botanik

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pergeseran di antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan Pegawai Pembangunan Persekutuan (SDO) Nik Ali Nik Mat Yunus berterusan, Rabu, apabila Lim menuntut Nik Ali menjawab pertanyaan Kerajaan Negeri, siapakah yang bertanggungjawab ke atas kos untuk merobohkan gerbang Taman Botanik yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menurut Lim, kos untuk merobohkan gerbang condong itu menelan belanja sebanyak RM90,000 manakala kos untuk membinanya pula menelan belanja RM150,000.

Jadi kata Lim, keseluruhannya, sejumlah RM240,000 wang pembayar cukai telah dibelanjakan ke atas satu projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, Lim berkata, oleh kerana projek itu adalah projek persekutuan, SDO adalah pihak yang bertanggungjawab menjawab semua soalan itu walaupun beliau menafikan pejabat SDO terlibat dalam mengendalikan projek berkenaan.

Diminta mengulas satu posting di dalam laman blog “www.pisau.net,” yang menunjukkan Lim sedang duduk di barisan hadapan bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob ketika majlis pelancaran pembinaan kereta api baru Bukit Bendera tahun lalu, Lim berkata, beliau enggan terlibat dalam menjawab isu tersebut kerana perkara itu telahpun dirujuk ke mahkamah.

Sebelum ini, Nik Ali dituduh sebagai tidak menghormati ketua menteri itu apabila beliau didakwa tidak menyediakan kerusi di barisan utama untuk Lim.

Lim kemudian mengesahkan yang beliau sedang dalam proses untuk menyaman akhbar Kumpulan Utusan berhubung isu tersebut atas kapasitinya sebagai ketua menteri.

Beliau berkata, Pengerusi DAP, Karpal Singh, akan mengendalikan kes tersebut.

Dalam pada itu Lim menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa menghargai dan menghormati semua kakitangan awam tetapi tidak kepada mereka yang bertindak sebagai “Little Napoleans”.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan