Dewan Pemuda PAS Gesa Kerajaan Benarkan Semua Kakitangan Awam Aktif Politik

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menggesa kerajaaan membenarkan semua kakitangan awam aktif berpolitik tanpa mengehadkan kepada pegawai pendidikan siswazah gred DG41 dan DG48 sahaja berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman yang menyambut baik langkah kerajaan itu bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan tersebut masih belum memadai.

“Kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

“Sepatutnya pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Fadhil, Dewan Pemuda PAS berpendapat bahawa semua kakitangan kerajaan wajar dibenarkan aktif berpolitik tanpa sebarang kawalan yang ketat.

Tegasnya, hak mengundi dan memilih parti politik adalah hak setiap individu yang berusia 21 tahun dan ke atas.

“Ini adalah hak rakyat Malaysia yang kerajaan tidak boleh nafikan. Berpolitik bukanlah suatu jenayah dan ia tidak menyekat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

“Menyertai mana-mana parti adalah amalan biasa bagi negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia.

“Berpolitik boleh menyuburkan sifat kepimimpinan, sensitif serta peka terhadap isu disamping meningkatkan semangat berorganisasi dikalangan pekerja,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fadhil berkata, tindakan menyertai parti politik tidak akan menjejaskan prestasi kerja mahupun menimbulkan sikap ekstrem dikalangan masyarakat Malaysia.

“Dewan Pemuda PAS merasakan tindakan untuk meminta kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

“Kebenaran ini seolah-olah menyukarkan pegawai kerajaan kerana harus melalui pelbagai peringkat birokrasi. Bagaimana sekiranya surat permohonan kebenaran pegawai-pegawai kerajaan untuk berpolitik tidak diluluskan?,” katanya.

Beliau turut bertanya apakah jaminan kerajaan sekiranya permohonan itu datang dari pegawai yang menyokong Pakatan Rakyat?

Justeru itu, Fadhil berkata kerajaan tidak wajar meletakkan apa-apa prasyarat terhadap pegawai kerajaan yang ingin menyertai parti politik.

“Tindakan boleh diambil sekiranya pegawai tersebut mengabaikan tugasnya namun bukan menyekat rakyat dari menyertai mana-mana parti politik!,” katanya.

Semalam, Mohd Sidek mengumumkan bahawa berkuatkuasa 1 Ogos ini semua pegawai pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

"Masanya sudah tiba untuk mereka dibenar aktif semula dalam politik," kata beliau.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan