Tuanku Mizan Seru Negara Islam Perkukuh Jalinan Kerjasama

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru agar diperkukuh jalinan kerjasama di kalangan negara-negara Islam dalam meningkatkan kemajuan ekonomi, sosial dan politik serta kesejahteraan survival ummah di peringkat global. Baginda bertitah umat Islam perlu mengembalikan kegemilangan ketamadunan yang pernah dikecapi menerusi kesatuan yang kukuh, kerjasama sosio-ekonomi serta penguasaan teknologi terkini kerana ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

"Umat Islam juga pada pandangan beta tidak wajar berselisihan dalam perkara-perkara "furu" (cabang) sehingga menimbulkan perpecahan, ibarat kata pepatah "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh," titah baginda ketika merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-52 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Selasa.

Seri Paduka juga bertitah seluruh dunia Islam perlu bersatu dalam menghadapi pelbagai ancaman terhadap umat Islam, sama ada serangan daripada aspek fizikal mahupun kerohanian, termasuk isu Islamifobia.

Baginda bertitah isu tersebut, yang meracuni masyarakat dunia, terutama di kalangan masyarakat bukan Islam, perlu ditangani segera.

"Beta juga mengharapkan agar masyarakat bukan Islam sewajarnya diberi kefahaman bahawa Islam adalah agama progresif dan mencintai keamanan," titah baginda.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, Jamil Khir dalam ucapannya mengumumkan bahawa mulai tahun ini, jumlah hadiah wang tunai untuk johan tilawah akan dinaikkan kepada US$10,000 (RM31,975.1), berbanding US$4,000 (RM12,790) sebelum ini.

Naib johan pula bakal menerima US$7,000 (RM22,382.5) dari US$3,000 (RM9,592.52), manakala tempat ketiga membawa pulang US$4,000(RM12,790) dari US$2,000 (RM6,395.01).

Hadiah saguhati pula akan meningkat kepada US$1,500 (RM4,796.26) dari US$1,000 (RM3,197.50).

Malaysia diwakili Wan Ainuddin Abdullah dari Wilayah Persekutuan dan Hajjah Nor Azrah Ayub dari Johor, yang merupakan johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah AlQuran peringkat kebangsaan ke-53. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan