Spad Tubuh Majlis Penasihat

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) berhasrat menubuhkan sebuah majlis penasihat untuk peneraju industri di mana wakil daripada pengusaha pengangkutan awam darat akan mempunyai akses langsung kepada anggota utama pengurusan suruhanjaya itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Rabu, Spad berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan dasar dan strategi Spad sentiasa relevan, memandangkan suruhanjaya itu menghargai serta memahami kebimbangan yang dibangkitkan oleh persatuan berkenaan.

"Spad bersetuju bahawa amat mustahak pandangan pengguna dan peneraju industri didengar oleh Lembaga Suruhanjaya bagi membolehkannya melaksanakan fungsi sebagai pembuat dasar, perancang, pengatur dan penguatkuasa undang-undang membabitkan pengangkutan awam darat," katanya.

Majlis itu akan berjumpa dengan tetap bagi membolehkan isu membabitkan setiap sektor dalam industri berkenaan dibangkitkan.

"Majlis penasihat ini akan menyediakan forum yang lebih fokus untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai perspektif untuk dibincangkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menarik perhatian bahawa Lembaga Suruhanjaya, tidak sesuai bagi wakil pengusaha dan persatuan pengguna.

"Lebih-lebih lagi komposisi Lembaga Suruhanjaya tidak memasukkan mana-mana wakil daripada industri kerana ini akan mewujudkan konflik kepentingan.

"Lembaga Suruhanjaya mempunyai peranan mengatur pengusaha dan menguatkuasakan undang-undang, syarat dan peraturan membabitkan pengangkutan awam. Menempatkan peneraju idustri dalam badan tertinggi Spad akan membawa kepada konflik yang sangat teruk," menurut Spad.

Selain itu, Spad pada masa ini sedang mengenal pasti langkah untuk mewujudkan sebuah Forum Pengangkutan Awam Darat, yang akan menjadi platform kepada pengguna untuk menyediakan maklum balas dan cadangan kepada suruhanjaya itu, termasuk berkaitan isu seperti tahap perkhidmatan pengusaha dan tambang.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pengguna dan pengusaha pengangkutan awam dari seluruh negara akan menganggotai forum ini, oleh itu ia akan menjadi mekanisme yang lebih menyeluruh untuk melindungi kepentingan pengguna, memandangkan ia akan mempunyai asas perwakilan yang lebih meluas.

"Selain Forum Pengangkutan Awam Darat, Spad akan menyediakan beberapa wadah untuk maklum balas daripada pengguna, pemegang kepentingan dan pengusaha, misalnya maklum balas pengguna dan industri menerusi email, telefon dan perkhidmatan kaunter," menurut kenyataan itu lagi.

Spad juga akan sentiasa mendapatkan pembabitan kumpulan pengguna dan peneraju industri secara kerap dan dalam cara yang kurang formal, serta akan memastikan bahawa semua saluran untuk pandangan dan maklum balas kepada Spad sentiasa terbuka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan