Pengeluaran Sijil Halal Bukan Soal Remeh Temeh - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Selasa menegaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha kopitiam sehingga mereka benar-benar memenuhi prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihaknya.

“Ini bukan isu remeh-temeh, tapi mereka (pengusaha kopitiam) perlu faham prosedur...nak dapatkan ISO2000, perlu memenuhi kriteria tertentu.

“Bila hendak dapatkan sijil halal, kita perlu memenuhi kriteria halal itu sendiri. Kita tak nak menipu rakyat dan tipu agama jika kita keluarkan juga sijil halal itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai-pegawai kanan Negara-Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke arah penubuhan Organisasi Zakat Antarabangsa (IZO) di Hotel Legend di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan beberapa pengusaha kopitiam di negara ini yang meminta Jakim melonggarkan prosedur mendapatkan sijil halal yang ketika ini dianggap terlalu merumitkan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Jamil Khir berkata, syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim bukanlah isu yang remeh-temeh kerana kedua-dua belah pihak perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku penipuan di sebalik pengeluaran sijil halal itu.

“Bukan sahaja kopitiam perlu bertanggungjawab, syarikat yang mengeluarkan sijil halal itu pun perlu bertanggungjawab kerana ia melibatkan amanah dan kenyakinan yang diberikan kepada mereka. Adakah ini yang kita maksudkan remeh-temeh?,” tegasnya.

Jamil Khir berkata, sekiranya ia disalahgunakan seperti yang berlaku pada pengusaha kopitiam baru-baru ini ia jelas merupakan satu penipuan kepada rakyat khususnya pelanggan Islam.

“Jika kita sebut pasal halal, tidak boleh langsung ada unsur-unsur tidak halal walaupun 0.01 peratus. Halal ialah prosedur, bukan perkara remeh-temeh.

“Kita juga telah mengarahkan Hab Halal Jakim sentiasa mempercepatkan proses apabila pihak hotel telah mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Jumaat lalu, rangkaian kopitiam terkenal, PappaRich cawangan Kepong diserbu oleh Jakim kerana didapati mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Ia terbongkar selepas pasukan penguat kuasa jabatan itu melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat penyembelihan ayam bukan Islam yang tidak diiktiraf Jakim di Jinjang, Rabu lalu.

Dalam pemeriksaan itu, Jakim menemui sejumlah salinan invois urusan jual beli melibatkan kopitiam berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata ahli Umno dan PAS perlu benar-benar ikhlas sekiranya mereka ingin melaksanakan idea perpaduan.

"Ahli Umno dan PAS di semua peringkat perlu melahirkan keikhlasan kerana ia akan memudahkan proses menyatupadukan kedua-dua parti itu.

“Jika ahli di semua peringkat tidak kira pucuk pimpinan mahupun ahli biasa bersatu padu maka proses untuk mengerakkan perpaduan Umno dan PAS akan menjadi lebih mudah," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya Umno dan PAS berkerjasama bagi mengelakkan kuasa orang Melayu hilang selepas pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengakui didatangi oleh beberapa pemimpin parti politik yang meminta pandangan beliau berhubung usaha menyatupadukan PAS dan Umno ke arah melihat umat Islam dan orang Melayu bersatu.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, idea tersebut tidak akan tercapai sekiranya hanya ada satu atau dua kelompok yang menggerakkannya.

Ditanya adakah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai penghalang kepada pembentukan kerajaan perpaduan Umno dan PAS, Jamil Khir berkata: "Ini bukan soal sorang atau dua pemimpin sahaja, kerana jika bercakap soal perpapduan ia akan melibatkan seluruh anggota masyarakat."

“Pemimpin di semua peringkat perlu menjadi arus perdana. Jika arus perdana sudah bersetuju maka pandangan satu dua pihak yang tidak bersetuju ini akan berjaya dilembutkan oleh suara arus perdana tadi.

"Saya melihat ini pandangan masing-masing. Kita sentiasa ikhlas bila berbicara soal perpaduan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan