Md Isa Tolak Dakwaan Jadi Menteri Besar 'Rubber Stamp'

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini menolak dakwaan kononnya beliau hanya merupakan Menteri Besar "rubber stamp" dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai peneraju kerajaan negeri.

Md Isa berkata, beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri besar yang sebenar dan beliau tidak menerima arahan daripada pihak tertentu.

Beliau berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semasa merasmikan sidang dewan semalam. Usul itu kemudian diluluskan.

Sebelum itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) mendakwa, Isa tidak boleh membuat keputusan sendiri dan menganggap beliau hanya sebagai "rubber stamp".

Md Isa berkata, perkara itu tidak timbul kerana beliau adalah seorang menteri besar yang menjalankan tugas mengikut kuasanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bintong menafikan dakwaan wujud perjanjian agihan kuasa antara beliau dengan anggota Exco tertentu kerajaan negeri.

Dewan akan bersidang lagi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan