Ketua Pengarah Pelajaran Sambut Baik Guru Dibenarkan Berpolitik

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU REDANG: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik langkah kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos ini.

Beliau berkata, guru memiliki banyak ciri kepimpinan dan ia telah dibuktikan dalam sejarah negara sendiri apabila mereka menjadi antara pejuang yang menuntut kemerdekaan.

"Saya kira dengan cara ini mereka boleh membantu, khususnya untuk meningkatkan lagi pendidikan dan juga untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ini merupakan satu peluang kepada guru-guru kita dan saya ucapkan terima kasih di atas kebenaran itu," katanya selepas majlis pelancaran semaian 501 ranting karang yang dicatat dalam Malaysia Book of Record di sini hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Abdul Jamal Maidin.

Alimuddin berkata, selepas merdeka, ramai guru terlibat dalam politik namun apabila larangan berhubung pembabitan guru siswazah dalam bidang itu dikeluarkan kerajaan, mereka tidak dapat menunjukkan daya kepimpinan yang ada.

"Jadi, dengan kebenaran itu, guru-guru yang mempunyai kebolehan dapat menunjukkan bakat kepimpinan yang saya rasa guru-guru memang mempunyai banyak ciri itu," katanya.

Sementara itu, mengenai program penyemaian ranting karang anjuran Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Taman Laut dan Universiti Malaysia Terengganu, Alimuddin berkata ia adalah langkah mendedahkan pelajar tentang kepentingan peranan alam marin.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja bagi menjaga khazanah negara, tetapi juga membabitkan kesan terhadap ekonomi seperti industri pelancongan.

Seramai 300 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara dan 200 pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang terlibat dalam program penyemaian karang di Taman Laut Pulau Redang itu.

Ia direkodkan dalam Malaysia Book of Record kerana melibatkan penyemaian ranting terbanyak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan