Kerajaan Tunggu Hasil Audit Forensik Sebelum Ambil Tindakan Terhadap Sime Darby

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis berkata, firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir Ogos ini.

"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, demikian ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara ‘en bloc’ atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sime Darby juga telah memperkenalkan inisiatif ke arah memperkasakan struktur tadbir urus syarikat dengan meningkatkan etika dan kebertanggungjawaban dalam sebarang keputusan yang dibuat bagi meningkatkan pemantauan kewangan serta membudayakan amalan pengurusan risiko.

"Ini adalah sebagai langkah tambahan untuk mengelak isu kelemahan pentadbiran atau kecuaian daripada berulang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan