Kebenaran Guru Siswazah Aktif Politik Bukti Sikap Terbuka Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Langkah membenarkan guru siswazah terlibat dalam politik adalah bukti sikap keterbukaan kerajaan yang tidak pernah menghalang rakyat negara ini, khususnya penjawat awam daripada berpolitik.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu bagaimanapun tidak boleh disalahgunakan sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai pendidik anak bangsa.

Katanya, kebenaran itu harus digunakan sebaiknya kerana ia adalah pengiktirafan kepada jasa dan peranan mereka selama ini dalam arena pendidikan dan politik negara.

"Cuma harapan kita jangan abaikan tanggungjawab sebagai guru yang mana mereka diamanahkan untuk mendidik anak bangsa," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini sebagai mengulas kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk guru siswazah melibatkan diri dalam politik.

Terdahulu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 72 pelajar Orang Asli terdiri daripada 50 pelajar Sarjana Muda dan 27 pelajar peringkat Diploma.

Sumbangan julung kali itu hanya diberi kepada pelajar Orang Asli yang sedang belajar di tahun kedua atau semester tiga pengajian dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja.

Mohd Shafie berkata, antara syarat untuk mendapatkan sumbangan komputer riba itu ialah mereka perlu mendapat keputusan CGPA 3.00 ke atas.

Katanya, peruntukan untuk sumbangan komputer riba itu bagi tahun ini adalah sebanyak RM180,000 manakala pada tahun depan ialah RM200,000.

Kementerian katanya, akan melakukan pelbagai usaha bagi membantu Orang Asli termasuk mendapatkan pekerjaan untuk pelajar kaum itu yang telah tamat pengajian.

"Kita akan cuba bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan pihak swasta agar peluang pekerjaan dapat diberikan kepada mereka (graduan Orang Asli) sebaik tamat pengajian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan