Dua Beradik Selamat Selepas Kereta Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMAT...Nurulfatin Farhanah Dzulkafli (kanan) dan kakaknya, Siti Haida terselamat apabila kereta keluarga mereka dilarikan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali di Kuala Kangsar, Perak semalam. Turut hadir ibu mereka, Fauziah Shafie (kiri) bercakap dengan saudara terdekat berhubung insiden malang yang menimpa keluarganya.
SELAMAT...Nurulfatin Farhanah Dzulkafli (kanan) dan kakaknya, Siti Haida terselamat apabila kereta keluarga mereka dilarikan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali di Kuala Kangsar, Perak semalam. Turut hadir ibu mereka, Fauziah Shafie (kiri) bercakap dengan saudara terdekat berhubung insiden malang yang menimpa keluarganya.

KUALA KANGSAR: Dua beradik perempuan berusia 16 dan enam tahun yang berada dalam kereta yang dilarikan tiga lelaki, terselamat selepas ditinggalkan di tepi jalan berdekatan Liman Kati, setengah jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Muhammad berkata kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.

Polis turut menemui kereta Honda yang baru sebulan dibeli keluarga berkenaan di Rantau Panjang, Kelantan, pada 4 pagi tadi, bagaimanapun, ketiga-tiga suspek menghilangkan diri, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa, Mejar Dzulkefli Ahmad, 48.

Sementara itu, Dzulkefli yang bertugas di Kuala Lumpur berkata ketika kejadian, beliau dan isterinya meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam kereta dengan enjin masih hidup, untuk mengambil gambar di sebuah kedai di Jalan Sagor.

Apabila kembali, beliau melihat tiga lelaki meluru masuk dengan pantas ke dalam keretanya dan melarikan kenderaan itu ke arah Gerik, katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Zulkefli membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum bergegas ke Pondok Polis Liman Kati selepas dimaklumkan bahawa anaknya telah ditemui di tepi jalan berdekatan kawasan itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik tersebut hanya mengalami kesan calar di tangan dan tiga lelaki berkenaan berjaya melarikan dua telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM100. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan