Ahli Majlis Perbandaran Klang Nafi Salah Guna Kepala Surat Rasmi Exco

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan beliau telah mengkayakan keluarga dan dirinya melalui amalan rasuah seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar perdana semalam.

"Keluarga saya dan diri saya sendiri tidak memohon atau menerima satu kontrak pun daripada MPK (Majlis Perbandaran Klang) dan kami tidak akan membida mana-mana kontrak kerana ini akan bermakna wujud konflik kepentingan secara langsung," katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, akbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa telah menggunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan siapa ahli majlis yang dimaksudkan tetapi mengambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.

Dalam kenyataan itu, Tee berkata hanya beliau seorang yang sepadan dengan profil yang dipaparkan dalam laporan berita itu kerana beliau berusia dalam lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lepas.

Katanya beliau juga pernah menjadi anggota lembaga tender MPK dari Oktober 2009 hingga Jun 2010.

Beliau berkata semasa berkhidmat sebagai Pembantu Khas kepada Liu yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Pandamaran dari Mac 2008 hingga 18 November tahun lepas, beliau menerima banyak permohonan bagi mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan pengundi di kawasan Pandamaran.

Tee berkata:"Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan di pejabat Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri), saya telah mengeluarkan dan menandatangani surat sokongan kepada mereka yang meminta bantuan, termasuk surat sokongan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bagi pihak golongan kurang upaya, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan serta mereka yang memohon bantuan daripada majlis tempatan."

Semua surat yang ditulis beliau tidak pernah memaksa mana-mana pegwai kerajaan bertindak secara tidak betul, katanya.

Tee berkata: "Saya akan rujuk kepada peguam saya untuk menentukan sekiranya saya patut memfailkan saman terhadap akhbar itu kerana artikel itu telah mencemarkan maruah keluarga saya dan diri saya." -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan