PAC P.Pinang Kesan Lima Lubang Daripada Aktiviti Curi Pasir Di Balik Pulau

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang yang melawat kawasan yang didakwa berlaku aktiviti mencuri pasir di Kampung Kenanga di sini, Selasa, mendapati wujud lima lubang kesan korekan pasir.

Pengerusinya Jagdeep Singh Deo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun Datuk Keramat, berkata PAC akan meminta Jabatan Ukur negeri menyiasat keluasan dan kedalaman lubang berkenaan.

"Lawatan pertama hari ini mendapati ada sekurang-kurangnya lima lubang pelbagai saiz yang wujud kesan korekan pasir dan pagar di kawasan itu juga telah diceroboh.

"PAC akan meminta pihak yang berkaitan terutama Jabatan Ukur negeri menyiasat perkara berkenaan dan membentangkan (hasil siasatan) semasa inkuiri yang bermula 2 Ogos ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan terbabit.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Anggota Jawatankuasa PAC Syed Amerruddin Syed Ahmad yang juga Adun Bayan Lepas, Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin dan wakil Jabatan Tanah dan Galian.

Jagdeep berkata PAC juga akan memanggil beberapa agensi kerajaan pada inkuiri untuk membantu mencari pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti mencuri pasir di kawasan itu.

Sementara itu pemilik tanah bersebelahan kawasan aktiviti mencuri pasir berkenaan, Ehsan Abdul Rahman mendakwa tiada lagi kelibat lori atau jengkaut di kawasan terbabit selepas perkara itu dilaporkan dalam media minggu lepas.

"Sejak beberapa bulan lepas memang ada aktiviti mengorek dan keluarkan pasir di kawasan itu yang selalunya dijalankan antara pukul 2 atau 3 pagi.

"Bagaimanapun selepas ia dilaporkan dalam media, tiada lagi kelibat lori keluar masuk atau jenGkaut mengorek pasir di situ," katanya.

Minggu lepas, laporan akhbar mendedahkan tapak politeknik di Kampung Kenanga itu, diceroboh pencuri pasir.

Menurut laporan itu, setiap malam berpuluh-puluh lori keluar masuk ke kawasan itu mengambil pasir untuk dihantar ke lokasi yang tidak dipastikan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan