NUTP Sambut Baik Langkah Benar Guru Terlibat Politik

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah untuk membenarkan guru siswazah terlibat dalam politik tidak sepatutnya mempertaruhkan pendidikan pelajar, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada Selasa.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu menyokong langkah itu tetapi syarat tertentu perlu dipatuhi.

"Keutamaan patut diberikan kepada pendidikan kanak-kanak... politik adalah nombor dua."

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Selasa bahawa mulai 1 Ogos, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah (guru) Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan terlibat dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik perlu mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Lok berkata dengan langkah itu, suara guru mengenai pelbagai isu akan lebih didengari di peringkat politik dan mereka patut diberi peluang untuk memainkan peranan konstruktif dalam politik.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata biarpun guru siswazah dari kumpulan itu akan dibenarkan menyertai politik, beliau berharap mereka tidak akan menggunakan masa yang banyak untuk tujuan itu.

Beliau berkata, antara tujuan pegawai kerajaan termasuk guru di bawah kumpulan pengurusan tidak digalakkan menyertai politik adalah supaya mereka mampu memberi pandangan yang bebas untuk semua orang dan bagi mengelakkan pertelingkahan kepentingan. Abdul Khalid berkata demikian selepas memberikan rumusan mengenai Majlis Dialog Bajet 2011 untuk Selangor di sini, Selasa.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah pada majlis yang sama berkata, guru adalah golongan profesional dan mereka sepatutnya tidak dilibatkan dalam kancah politik.

"Adalah tugas kakitangan awam membantu kami ahli politik... bukan terlibat secara langsung dalam politik," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan