MCA Saran PMR Dimansuhkan, UPSR Kekal Dengan Penilaian Baru

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta mengkaji semula sistem pendidikan di negara ini terutama Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilian Menengah Rendah (PMR) bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang lebih holistik dan tidak terlalu mementingkan peperiksaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kajian semula sistem pendidikan itu juga akan memberi ruang kepada murid-murid untuk membina sukan, kreativiti dan inovatif.

Selain itu, pelbagai pandangan yang diperoleh daripada parti tersebut, termasuk daripada bukan anggota parti, ramai yang mahukan PMR dimansuhkan dan mengekalkan UPSR dengan pengubah suaian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pra majlis MCA di ibu pejabat parti itu di sini pada Selasa.

Beliau juga berkata, penubuhan Kelab Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah menengah perlu dilaksanakan kerana ia merupakan unsur-unsur pendidikan yang perlu dijelmakan dalam kegiatan kokurikulum kerana berkaitan dengan soal kepercayaan kepada Tuhan.

Ini selaras dengan konsep Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, katanya.

Mengenai usaha kerajaan mengurangkan subsidi, Dr Chua berkata, parti itu menyokong usaha itu dengan syarat ia dijalankan secara berperingkat mungkin melibatkan dua atau tiga tahun.

Selain itu, kerajaan juga perlu memaklumkan kepada rakyat cara mana wang yang dijimat daripada pengurangan subsidi itu digunakan, katanya.

Sistem subsidi perlu memanfaatkan rakyat berpendapatan rendah, tegas beliau.

Mengenai sistem pengangkutan awam, beliau berkata, kerajaan mestilah memastikan sistem pengangkutan awam di bandar dibangunkan secepat mungkin dan ia tidak hanya tertumpu di Lembah Klang tetapi turut meliputi George Town, Johor Baharu, Ipoh dan bandar lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan