Majikan Hadapi Risiko Disenarai Hitam Jika Tidak Patuh Peraturan

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majikan yang membawa masuk pekerja asing akan menghadapi risiko disenarai hitam jika mereka tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, tindakan itu tidak terhad kepada syarikat, malah individu yang tersenarai dalam lembaga pengarah dan pemegang saham juga menghadapi risiko yang sama.

"Majikan perlu sedar dan memahami bahawa setiap kebenaran membawa masuk seorang pekerja asing datang bersama pelbagai bentuk peranan dan tanggungjawab yang akan ditetapkan secara jelas melalui peruntukan undang-undang.

"Kegagalan mematuhi tanggungjawab tersebut bermakna bukan sahaja mereka yang berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang, tetapi juga akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan yang sama pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas berhubung dengan strategi pelaksanaan inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Hishammuddin berkata, ia merupakan antara 48 cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing untuk dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Ogos ini.

Beliau berkata, daripada 48 cadangan itu, 29 inisiatif telah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1 (Julai 2010-Disember 2010), Fasa II (Januari 2011-Jun 2011) dan Fasa III (Julai 2011-Disember 2011), manakala 19 inisiatif lagi memerlukan kajian lanjut.

Secara keseluruhannya, katanya inisiatif yang akan dilaksanakan itu memberi penekanan terhadap peranan dan tanggungjawab majikan serta memastikan kewujudan sistem pengurusan warga asing yang lebih baik dan berkesan.

Hishammuddin berkata, jika dipersetujui pada mesyuarat itu, Sistem Biometrik akan dilaksanakan di setiap pintu masuk negara bagi membolehkan identiti setiap pelawat ke negara ini direkodkan agar mereka yang dilarang memasuki negara ini dapat dikenal pasti, selain memudahkan gerakan penguatkuasaan secara menyeluruh.

Selain itu, pangkalan data majikan juga akan dilaksanakan bagi merekodkan segala maklumat berkaitan majikan supaya pengambilan dan pengurusan pekerja asing sesuatu majikan akan dapat dibuat dari semasa ke semasa, khususnya ketika majikan memohon untuk mengambil pekerja asing baru, katanya.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, kementeriannya melihat kemungkinan menaikkan kos pengambilan pekerja asing bagi mengurangkan kebergantungan terhadap golongan itu, yang seterusnya akan membantu meningkatkan kadar upah pekerja tempatan.

"Kita telah dituduh membenarkan pekerja asing murah sebagai satu pilihan bagi pekerja rakyat Malaysia, jadi kita beritahu industri berkenaan jika anda perlukan pekerja asing, kita akan luluskan tetapi tidak semestinya murah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan