143 Terima Darjah Kebesaran Dan Pingat Pahang

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seramai 143 orang hari ini menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.

Anugerah disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Istana Abu Bakar di sini.

Mendahului senarai penerima ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa yang dianugerahi darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima lain SSAP ialah Pengarah Urusan syarikat Tung Mah General Trading Sdn Bhd, Datuk Tay Thian Siong, Pengerusi Eksekutif TS Marine (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Noor Muzammil Noor Ahmad Mokhtar dan Pengarah Urusan Forestkin Timber Sdn Bhd, Luk Teck Hoe.

Pada istiadat itu juga, 54 orang dianugerahi darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam, Abd Aziz Mat Kiram; Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mariam Mas Yaacob; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Datuk Abd Rashid Harun; Pengarah Pilihan Raya Pahang Ismail Mohd Yusoff; Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Ghazali Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan Zulkifli Yahya.

Selain itu, empat orang menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 10 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 10 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 26 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), sembilan penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), lapan penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 18 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan