Unit Khas Bomba Dan Penyelamat Ditempatkan Di Jalan 'Sakaratulmaut'

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat akan ditempatkan di jalan-jalan raya yang bakal dilabel sebagai laluan 'sakaratulmaut' atau jalan berisiko tinggi berlakunya kemalangan menjelang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata, penempatan unit khas itu membolehkan pasukan berkenaan memberi bantuan segera kepada mangsa sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut beliau, selain di darat, pemantauan itu juga akan dibantu dari udara dengan lapan unit helikopter milik jabatan itu.

"Anggota jabatan akan ditempatkan di kawasan berisiko untuk tugas penyelamatan lebih cepat. Bagaimanapun, kita minta pemandu berhati-hati ketika menggunakan jalan raya terutama semasa musim perayaan nanti kerana jumlah kenderaan biasanya bertambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Skuba, Unit Penyelamat Di Air di Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu di sini.

Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Ridzuan Hasan.

Sementara itu, beliau berkata, penubuhan Pusat Skuba, Unit Penyelamat Di Air yang menelan kos RM200,000, akan membantu jabatan itu meningkatkan keberkesanan kerja-kerja penyelamatan di air.

Di Terengganu, terdapat tiga pusat seumpama itu iaitu di Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Chukai di Kemaman. Penempatan unit itu di negeri-negeri lain pula bergantung kepada keperluan, katanya.

Hamzah berkata, pada masa ini seramai 29 pasukan dan 400 anggota terlibat dengan unit skuba dan penyelamatan di air seluruh negara.

"Unit ini terdiri pegawai dan anggota yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang 'Public Safety Diver' dan telah lulus pemeriksaan kesihatan Pakar Perubatan Selam di Hospital Angkatan Tentera di Lumut, Perak.

"Kerajaan juga telah meluluskan elaun khas sebanyak RM100 sebulan kepada anggota unit ini sebagai insentif," katanya.

Menurut beliau, unit itu juga bakal menerima kira-kira 3,000 unit peralatan skuba dianggarkan bernilai RM200 juta menjelang hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 33 panggilan untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas dicatat di Terengganu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 36 kematian dicatat, dua cedera dan 16 lagi dapat diselamatkan. Untuk tempoh Januari hingga Mei ini, sebanyak lapan panggilan menyelamat mangsa lemas diterima, sembilan kematian dicatat manakala seorang berjaya diselamatkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan